بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Apabila kita menceritakan tentang Nabi Muhammad Saw..
mesti semuanya kenal kepada baginda kan ?.. pada yang belum mengenali, jom kenali Rasulullah secara ringkas.
Ringkasan Sejarah Nabi Muhammad Saw dari Lahir Hingga Wafat
Nabi Muhammad Saw merupakan satu-satunya Rasul Allah yang diutus untuk semua ras dan golongan. Oleh itu, dakwah Rasulullah sangat universal, bukan hanya tentang ibadah dan keakhiratan bahkan juga tentang duniawi yang merangkumi semua sudut kehidupan manusia, iaitu dari masalah makan sehingga urusan-urusan kenegaraan. Namun begitu, masih banyak orang yang buta terhadap peribadi dan kehidupan baginda. Natijahnya, mereka menghadapi kekangan untuk melihat serta merasakan kebenaran yang dibawanya.
1. Nama dan Gelar Nabi Muhammad Saw
Di dalam HR Bukhari dan Muslim disebutkan nama dan gelar Nabi Muhammad SAW, antara lain ialah:
- Ahmad
- Al-Mahi
- Al-Hasyir
- Al-'Aqib
- Muqaffi
- Nabiyyuttaubah
- Nabiyyurrahmah.
- Ahmad
- Al-Mahi
- Al-Hasyir
- Al-'Aqib
- Muqaffi
- Nabiyyuttaubah
- Nabiyyurrahmah.
Pengertian nama-nama nabi Muhammad Saw:
Ahmad: yang paling terpuji kerana akhlak karimahnya, dan paling banyak memuji
Allah.
Allah.
Al-Mahi (pengikis / pemadam): kerana Allah mengikis kekufuran dengan
mengutusnya,
mengutusnya,
Al-Hasyir (penghimpun): sebab nanti di hari kiamat seluruh manusia berhimpun di
hadapan baginda, ada yang mengatakan di bawah
arahan baginda.
hadapan baginda, ada yang mengatakan di bawah
arahan baginda.
Al-'Aqib (penutup): kerana bagindalah nabi dan rasul penutup.
Muqaffi (yang mengikuti): maksudnya mengikuti dan meneruskan jejak risalah para
nabi.
nabi.
Nabiyyuttaubah (nabi taubat): meskipun baginda sudah ma'shum dalam erti kata lain bersih dari dosa, namun baginda banyak bertaubat. Dalam satu riwayat, baginda bertaubat hingga 70 kali sehari, dan dalam riwayat lain hingga 100 kali.
Nabiyyurrahmah (nabi ramhat): baginda adalah seorang nabi yang penuh kasih hatta dalam peperangan pun, diutusnya baginda ke bumi ini adalah sebagai rahmat bagi semesta alam.
Nama-nama tersebut berdasarkan penuturan baginda sendiri. Dan kita tahu bahawa setiap sabda baginda adalah berdasarkan wahyu. Jadi boleh disimpulkan bahawa yang memberi nama / gelar tersebut adalah Allah swt.
2. Nasab Nabi Muhammad Saw
Di dalam buku Shahih Bukhari bab Mab'ats an-Nabiyyi saw, Imam Bukhari merincikan silsilah nasab Nabi Muhammad saw seperti berikut:
Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.
Imam Bukhari menambahkan di dalam Kitab Tarikh al-Kabir: Adnan bin Udud bin Al-Maqum bin Nahur bin Tarh bin Ya'rab bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim.
Menurut para pakar, sebagaimana yang disebutkan oleh sejarawan Syeikh Abdurrahman bin Yahya Al-Yamany - antara Adnan dan Ismail ada sekitar 40 datuk.
Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdu Manaf bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'add bin Adnan.
Imam Bukhari menambahkan di dalam Kitab Tarikh al-Kabir: Adnan bin Udud bin Al-Maqum bin Nahur bin Tarh bin Ya'rab bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim.
Menurut para pakar, sebagaimana yang disebutkan oleh sejarawan Syeikh Abdurrahman bin Yahya Al-Yamany - antara Adnan dan Ismail ada sekitar 40 datuk.
3. Kelahiran Nabi Muhammad Saw
Nabi Muhammad saw dilahirkan di Makkah pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah dalam keadaan yatim.
Penamaan tahun Gajah berkaitan dengan peristiwa pasukan Gajah yang dipimpin oleh Abrahah, Gubernur Yaman yang ingin menghancurkan Ka'bah. Sungguhpun begitu, sebelum sampai ke bandar Makkah, mereka diserang oleh pasukan burung yang membawa batu-batu kerikil panas (lihat QS Al-Fil: 1-5).
Kelahiran Nabi Muhammad Saw bertepatan dengan tarikh 20 April 571 Masihi.
4. Masa Menyusui
Nabi Muhammad saw pertama kalinya disusui oleh ibunya Aminah dan Tsuwaibatul Aslamiyah. Namun itu hanya beberapa hari. Seterusnya baginda disusui oleh Halimah As-Sa'diyah di perkampungan bani Sa'ad.
Nabi Muhammad saw tinggal bersama keluarga Halimah lebih kurang empat tahun. Di akhir masa penjagaan keluarga Halimah ini terjadi pembedahan nabi Muhammad saw.
5. Muhammad Saw di Mata Penduduk Makkah
Sejak kecil Muhammad Saw jauh dari tradisi-tradisi jahiliyah dan tidak pernah melakukan penyembahan terhadap tuhan berhala. Namun demikian, baginda tetaplah seorang yang santun dan jujur, dengan itu baginda terkenal dengan gelaran Al-Amien (orang yang dipercayai).
6. Pernikahan Nabi Muhammad Saw
Pada usia yang ke-25 tahun, Muhammad saw bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid, seorang janda yang kaya dan berusia dalam lingkungan 40 tahun. Perkahwinan ini diawali dengan lamaran Khadijah kepada Muhammad saw setelah melihat dan mendengar kelebihan-kelebihan dan akhlaknya.
7. Isteri-isteri Rasulullah Muhammad Saw
Selain Khadijah, isteri-isteri baginda adalah: Saudah binti Zam'ah, Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah (Hindun binti Umayyah), Zainab binti Zahsy, Juwairiyah binti Al-Harits, Ummu Habibah (Ramlah ), Shafiyah binti Huyay, Maimunah binti Al-Harits dan Maria Al-Qibtiyah.
Nabi Muhammad menikahi mereka semua setelah Khadijah meninggal dunia. Dan baginda menikahi mereka dalam keadaan janda, kecuali Aisyah ra.
Jika dilihat dari faktor tiap pernikahan beliau, semuanya mempunyai hubungan yang kuat dengan dakwah dan ajaran Islam yang dibawanya.
8. Anak dan Putri Nabi Muhammad Saw
Anak dan putri nabi Muhammad saw adalah: Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, Abdullah dan Ibrahim. Mereka semua lahir dari rahim Khadijah kecuali Ibrahim dari Maria Al-Qibtiah. Anak-anak baginda yang laki-laki semuanya meninggal sebelum usia dewasa.
9. Menjadi Rasul
Nabi Muhammad Saw Menjadi Rasul Allah apabila Turunnya wahyu pertama QS. Al-A'la: 1-5 di gua Hira pada hari isnin di bulan Ramadhan pada usia yang ke 40 menjadi awal kerasulan Muhammad saw. Wahyu pertama tersebut berisi: "
1) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
2) Yang menciptakan manusia dari segumpal darah,
3) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia,
4) Yang mengajar (manusia) dengan pena,
5) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
"
Selepas menerima wahyu tersebut, Muhammad saw pulang menemui Khadijah dan mendedahkan kebimbangan terhadap dirinya. Khadijah menenangkan: "Bergembiralah! Demi Allah, Dia tidak akan pernah mensia-siakanmu. Demi Allah, engkau ini menyambung shilaturrahim (hubungan kerabat), berkata jujur, menanggung beban orang lemah, membantu orang yang tidak punya, memuliakan tamu, menolong orang-orang yang ditimpa bencana. "
Khadijah lalu mempertemukannya dengan anak bapa saudaranya Waraqah bin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah menjelaskan peristiwa yang baru dialaminya di gua Hira, Waraqah menjelaskan bahawa yang datang kepada Muhammad saw itu adalah malaikat yang pernah datang kepada nabi Musa As.
"Andai kata aku masih hidup dan kuat di saat engkau diusir oleh kaummu" kata Waraqah.
"Apakah mereka akan mengusirku?" Tanya Muhammad Saw. "Ya ...," jawabnya. (lihat HR Bukhari dan Muslim).
10. Nabi Muhammad Saw Hijrah ke Madinah
Nabi Saw hijrah ke Madinah pada tahun ke 13 kenabian yang bertepatan dengan tahun 622 M. Di dalam riwayat Ibnu Ishak dijelaskan bahawa baginda keluar dari rumahnya yang saat itu sedang dikepung oleh pasukan bersenjata kaum musyrik Makkah yang ingin membunuhnya. Lalu Allah swt menidurkan mereka. Sambil membaca QS. Yasin: 1-9 baginda manaruh pasir di kepala mereka semua, kemudian pergi ke rumah Abu Bakar untuk hijrah bersama ke kota Madinah. Nabi Muhammad saw tiba di Madinah pada hari Isnin tarikh 12 Rabiul Awwal tahun 1 Hijriyah.
11. Peperangan Nabi Muhammad Saw
Yang mendasari peperangan nabi Muhammad Saw adalah ayat-ayat berikut: - "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi." (Al-Hajj: 39). - "Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas, sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (QS. Al-Baqarah: 190). Dalam hal ini ada peraturan-peraturan perang, antara lain: Jangan membunuh anak-anak, orang tua, orang yang menyerah, pendeta dan petugas rumah ibadah yang tidak menyerang, haiwan tanpa tujuan maslahat, jangan membunuh dengan cara yang sadis dan berlebihan (Tafsir Ibnu Katsir). Dari sini jelas bahawa peperangan nabi Muhammad saw adalah sebagai usaha pembelaan terhadap hak, bukan wasilah untuk Islamisasi apalagi balas dendam. Adapun jumlah peperangan yang diikutinya ada sebanyak 27 kali.
12. Akhlak Nabi Muhammad Saw Allah SWT
Akhlak baginda menggambarkan secara umum di dalam QS. Al-Qalam ayat 4: "Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang luhur"
a. Kesabaran Nabi Muhammad Saw Tidak sedikit beban yang ditanggung oleh nabi Muhammad saw dalam menyebarkan dakwah ajaran yang dibawanya. Ejekan, makian, perlakuan kasar dan ancaman pembunuhan diterimanya dari orang-orang musyrik Makkah. Namun itu semuanya tak membuat kesabarannya luntur. Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan bahawa Uqbah bin Abu Mu'ith pernah mencampakkan najis unta kepada Rasulullah Muhammad saw sementara beliau dalam keadaan sujud. Baginda terus sujud hingga putrinya Fathimah datang membuangnya. Perlakuan kasar kaum Quraisy semakin bertambah setelah pamannya Abu Thalib dan isterinya Khadijah meninggal dunia pada tahun 10 kerasulan. Karenanya baginda berhijrah ke wilayah Thaif. Namun ternyata disini juga baginda tidak diterima, malah penduduk setempat menyuruh anak-anaknya untuk melemparinya dengan batu.
b. Kasih Sayang Nabi Muhammad Saw Kasarnya tindakan pengusiran penduduk Thaif terhadap nabi Muhammad saw tidak membuat baginda serta merta mendoakan mereka dengan azab. Tapi justru sebaliknya: "Bahkan saya berharap agar Allah menjadikan dari keturunan mereka orang-orang yang menyembah Allah dan tidak berbuat syirik kepada-Nya sedikit pun," kata baginda ketika malaikat penjaga gunung menawarkan kepadanya untuk menimpakan gunung Abu Qubaisy dan gunung yang di sebelahnya kepada penduduk Thaif. (Shahih Bukhari). Dan bagaimana pun juga kasarnya perlakuan dan azab dari kaum musyrik penduduk Makkah kepadanya dan ummat pengikutnya, tapi itu tak membuatnya dendam kepada mereka di saat pembebasan Makkah pada tahun 8 H. Malah baginda saw memberikan pengampunan besar-besaran kepada penduduk Makkah.
13. Keistimewaan yang Allah Berikan Kepadanya
a. Lima kelebihan yang tidak diberikan kepada orang sebelumnya Dari Jabir bin Abdullah ra, nabi Muhammad saw bersabda: "Saya diberikan lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelum saya;
~diberi kemenangan dengan rasa takut (yang ditimpakan kepada musuh-musuhku) dalam jarak satu bulan perjalanan,
~bumi dijadikan tempat shalat dan suci untukku, maka siapa pun di antara ummatku yang mendapatkan waktu solat hendaklah dia melakukannya, ~dihalalkan untukku harta ghanimah dan itu tidak dihalalkan kepada orang sebelum saya
~diberi syafa'at dahulu nabi diutus hanya kepada kaumnya, tetapi ~saya diutus kepada seluruh manusia. "(HR. Bukhari dan Muslim)
b. Keistimewaannya di hari kiamat Dari Anas ra., Nabi Muhammad saw bersabda: "Saya adalah orang pertama yang diberikan syafaat pada hari kiamat nanti, nabi yang paling banyak pengikutnya di hari kiamat, dan orang pertama yang mengetuk pintu syurga" (HR. Muslim). Keistimewaan lain disebutkan di dalam riwayat Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: "Saya adalah pemimpin anak-anak Adam pada hari kiamat nanti, saya orang pertama yang dibangkitkan dari kubur, dan saya orang pertama yang diberi syafaat (oleh Allah) dan orang pertama yang memberi syafaat (kepada ummat manusia). "(HR. Muslim).
14. Ibadah Beliau Aisyah ra. Berkata:
Rasulullah saw pernah sembahyang hingga dua kakinya membengkak. Lalu baginda ditegur, baginda menjawab: "Apakah aku tidak pantas menjadi hamba yang bersyukur?"
15. Nabi Muhammad Saw wafat pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah di waktu Dhuha dengan usia 63 tahun. Sebelum ruhnya dicabut, beliau membaca: "مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, اللهم اغفر لى وارحمنى وألحقنى بالرفيق الأعلى, اللهم الرفيق الأعلى."
Rujukan:
- A’rif Nabiyyaka Saw, Qism Ilmiy, Dar Al-Wathan, Riyadh
- Al-Mu’in ar-Raiq min Sirah Khairi al-Khalaiq, Prof. Dr. Sa’id M. Shaleh Shawabi,
Risywan Kairo, 2008 .
- Mushaf Al-Qur’an Terjemah, Pena, Jakarta, 2002 - Sirah Nabawiyah, Ibnu Katsir,
Maktabah Syamilah
- Subul al-Huda wa ar-Rasyad, Maktabah Syamilah
- Tafsir Ibnu Katsir
- Raudhatul Anwar, Shafiurrahman Al-Mubarkafury, Pustaka Raja Fahd, Riyadh 1427 H
- Uyun al-Atsar, Maktabah Syamilah
1 comment:
salam maulidur rasul...jom kita berselawat byk2 ke atas nabi Muhammad SAW :)
Post a Comment