♥ orang-orang comel ♥

Sunday, January 4, 2015

miskin dan kaya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum wbt...

Semua orang yang bergelar " manusia " inginkan kehidupan yang mewah-mewah, yakni ada kereta, rumah, pakaian yang cantik, dan sebagainya.. 
Hal ini demikian untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup... 

jika dibandingkan dengan apa yang kita punya sekarang.. dengan orang lain punya, sejauh manakah  taraf kemewahan yang kita miliki berbanding dengan orang lain ?

sudah tentu terdetik dihati kita, sy lebih miskin dari mereka, sy tidak punya apa-apa melainkan hanya sebuah rumah yang buruk dan tidak memiliki kenderaan pacuan 4 roda.. atau saya lebih banyak kemewahan, sebab saya lebih kaya dari mereka. saya ada sebuah rumah banglo yang lengkap bahkan sy juga ada 5 buah kereta.

Mungkin ada diantara kita yang sering kali memikirkan mengapa aku miskin ? kenapa aku tak mampu memiliki rumah yang besar ? kenapa duit aku tak banyak-banyak ? seribu satu alasan kenapa yang timbul di fikiran.

berbeza pula dengan orang kaya..

mungkin ada diantara kita yang tidak banyak memikirkan berkaitan dengan " Duit " sebab dah kaya jadi tak payah susah-susah nak fikir sangat urusan kewangan..
Tetapi adakah semudah itu ? pernahkah anda terfikir tentang payahnya hidup sebagai orang kaya?

yes ! hidup sebagai orang kaya dapat memenuhi segalanya, tapi adakah kasih sayang, cinta, dan kebahagiaan boleh dibeli dengan Duit ? no.. mungkin saja kita memiliki segalanya tapi bukan kebahagiaan. mungkin saja dengan harta yang kita punya, kita hanyut dengan dunia hiburan yang kononnya dapat memberi ketenangan dan kebahagiaan yang hanya sementara. Harta dan kekayaan yang kita punya sudah disalah gunakan ! sudah jadi kufur nikmat.

bagaimana pula dengan hidup sebagai orang miskin ?  hidup sebagai orang miskin lagi lah payah, bak kata orang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada diantara kita yang ingin sangat jadi kaya bagi memenuhi kehendak kita yang ingin bersedekah kepada orang lain. Tetapi bagaimana kita nak bersedekah dengan orang lain sedangkan kita sendiri pun sempit ? orang kata " No Money No Talk "  sedih ,  nak buat kebaikan, nak jadi tetamu Allah swt kat Mekkah pun tak kesampaian..

Allah telah berfirman : " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: kami telah beriman, sedang mereka belum diuji? "
(QS Al-Ankabut: 2-3)



konklusinya, 
jangan bersedih jadi orang miskin,,, sebab bukan dengan duit sahaja kita dapat bersedekah, senyum pun dah dikira sedekah. biar miskin harta jangan miskin akhlak.
jangan pula menjadi orang kaya yang kaya dengan harta tetapi penuh dengan kejahilan. 
Miskin dan Kaya juga adalah sebahagian daripada ujian-Nya
#Bersyukurlah atas segala yang telah diberi.. 


1 comment:

Deanna Morni said...

kita terima seadanya rezeki yang ada...insyaAllah dengan usaha yg ada...akan ada rezeki kita di situ :)