بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tersebutlah kisah seorang anak yang dilahirkan di sebuah negeri org. Sejak dilahirkan,, Marissa telah merasakan kasih seorang ibu, dan kasih seorang ayah,.. dijaga dengan baik, namun baru setahun umurnya musibah melanda negerinya.. banjir greek telah berlaku yang mana telah menghancurkan banyak harta benda termasuklah nyawa... berlakunya kematian depan mata,.. ada yang hilang arah sehingga masuk ke dalam peti sejuk yang kononnya dapat menyelamatkan dirinya walhal telah menyebabkan maut !
Kini Marissa tinggal di sebuah kampung Durian, yang penghuninya rata-rata orang Suluk... Bermulanya kehidupan baru, ada rumah ibu ayah, namun tanahnya bukan milik persendirian... Suatu hari, Kerajaan telah merobohkan rumah Marissa kerana ingin mendirikan bangunan kat kawasan tersebut.. negerinya semakin maju dengan pembangunan yang semakin pesat...
Kehidupan Marissa mula berpindah-randa, menyewa di bawah rumah orang, rumah kecil, asalkan dekat dengan bandar kerana mereka tidak mampu membeli kereta untuk pergi ke bandar.. oleh itu kawasan tempat tinggal yang mereka tinggal tidak jauh dengan bandar.
Terkadang terdetik di hatinya ya Allah ! ujian apa kah ini ? aku tidak sanggup untuk berdepan dengan ujian ini. kenapa aku begini ? orang lain berkereta, berumah besar, ada tanah, tapi kami ? dan untuk menyenangkan hatinya, dia mula mendekatkan dirinya dengan Allah kerana dia tahu Allah sedang mengujinya,,,
sejak penghijrahannya,, dia mula mengikuti banyak program-program islam..dan rajin mengikuti usrah. Daripada tidak memakai tudung dia berubah kepada memakai tudung, dah pakai tudung dia ubah tudung menjadi labuh...
Seperti rutinnya yang tidak pernah naik bas ke sekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.. Marissa hanya menggunakan nikmat Allah dengan berjalan kaki ke sekolah,, Pertama kali Marissa memakai tudung labuh ke sekolah, sahabatnya menegur,, Mar ! tudung ko cantik... kenapa tudung ko besar ? mcm ustazah beb !! ni mesti ko dah taubat kan ! banyak pertanyaan sahabatnya yang dia hanya dpt menjawab dengan senyuman.
Sahabat..
tutup aurat itu susah !
Muhasabah itu susah !
istiqamah itu susah !
sebab itu ganjarannya syurga..
Kata ustaz, di dunia ini ada taman-taman syurga.. iaitu majlis-majlis ilmu agama.
Nak nikmat syuga di dunia ? jom rajin2 ke majlis ilmu.. kita akan merasa betapa lapangnya jiwa..
"dan Dia-lah yang memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48)
Allah tidak memberi kita KEMISKINAN tetapi ALLAH memberikan kita KECUKUPAN. Walhal KEMISKINAN itu kita sendiri yang cipta .
"dan Dia-lah yang memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48)
Allah tidak memberi kita KEMISKINAN tetapi ALLAH memberikan kita KECUKUPAN. Walhal KEMISKINAN itu kita sendiri yang cipta .
No comments:
Post a Comment