♥ orang-orang comel ♥

Thursday, December 18, 2014

Kuatkan Hati., Teruskan perjuangan ke arah Kebaikan


Assalamualaikum wbt...

Sering kali aku menangis apabila mengenang perbuatan tidak baik yang pernah aku lakukan.
kenapa aku sebodoh ini ? bukankah aku mengetahui perbuatan itu haram.. kenapa aku lakukan juga? 
satu... dua... tiga... air mata mula mengalir membasahi pipi. 

...... Pada suatu hari, berhampiran masjid, aku melihat ada beberapa mayat yang siap dikapankan berlalu pergi dalam keranda dan aku difahamkan mereka adalah golongan orang tua, golongan remaja dan golongan kanak-kanak. Mereka diangkat oleh beberapa orang masuk ke dalam kereta jenazah. Ketika itu, pikiran mula terbuka bahawa MATI itu pasti dan MATI tidak mengenal usia.

...... Allahu., sungguh aku takut nanti pada saatnya aku pergi., aku tidak tahu apa yang bakal terjadi di alam akhirat yang kekal abadi., sedangkan dunia ini cuma sementara. Aku jadi tak menentu.., rasa takut pun ada., aku bersyukur,., aku diberi kesedaran pada saat aku masih bernyawa lagi.  

.......Alhamdulillah hati ini terdetik untuk menutup aurat dengan menggunakan hijab. Syukur,  aku ditemukan dengan beberapa sahabat yang baik-baik.,Dengan adanya sahabat-sahabat ini, aku mula mengenali apa itu USRAH., aku mula merasakan suatu kelainan. aku berasa seronok, dan pelbagai lagi perasaan yang tidak mampu di tulis di sini. 

.........Dan... di saat aku baru memakai hijab., banyak sangat dugaan dan ujian yang aku perlu hadapi. Antaranya ade kawan yang beranggapan negative terhadap perubahan diri ini. ye la sebabnya aku bukannya berilmu sangat tentang ilmu agama ni mengaji pun tak la sepandai kamu dan akhlak pun tak lah sebaik kamu.

.....Pada suatu hari  pensyarah tak masuk kelas. so kami pun bergurau la macam-macam aksi mereka lakukan.., lawak !! so, aku ketawa., sebab lucu gelagat kawan aku tuh., then member sorang tegur., KAU NI KETAWA MACAM APA JE, ORANG YANG PAKAI TUDUNG  MANA ADA KETAWA MACAM TU ! aku terdiam.,  dan ucapkan terima kasih kerana menegur.,Tapi dalam hati aku mengatakan., jangan la pandang orang pakai hijab ni semuanya dia perfect. Kawan aku support aku., dia kata., manusia ni mana ada yang perfect ada juga yang ketawa hua ha hu ha., al maklumlah Lumrah manusia., aku kan lemah., sering melakukan dosa,., tapi aku cuba juga buat yang terbaik., walaupun beribu cacian., makian, in syaa allah aku perlu tabah., sebab " Pandangan manusia ini berbeza-beza" setiap kali aku lemah semangat., aku meluah dekat sahabat yang support aku tu., dia selalu bagi aku semangat., dia kata "jangan peduli apa pandangan manusia., tapi pedulikan apa pandangan Allah terhadap diri kita" ayat ini lah yang selalu dia lontar kan kepada ku.,dan ayat ini masih ku ingat hingga kini ! dengan mengingati ayat ini., aku merasa diri ini semakin kuat untuk hadapi dugaan ini.

Akhir kata dariku.,
Dears., tidak semua orang itu perfect., semua orang melakukan kesilapan.  Semua orang tidak lepas dari dosa., Dengan memakai hijab sekuirang-kurangnya kita dapat menutup aurat kita, in syaa allah.. Jom perbetulkan pandangan kita bahawa orang yang memakai HIJAB tidak semestinya perlu memiliki ilmu agama yang tinggi., memakai hijab itu kan comel., jom pakai hijab bersama ^__^..terima kasih atas semua teguran sahabat-sahabat sekalian., jadikan teguran., cacian., dan makian mereka itu sebagai ibrah ( pengajaran )., Semoga istiqamah bersama.

#JOM berubah sama-sama#

*Berubah ke arah yang lebih baik itu memang payah., kena paksa diri.. in syaa allah daripada paksaan, mejadi suka akan perubahan itu. Berubah lah sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.,

Waallahu'alam.
 Maafkan segala salah silap saya., yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri,



3 comments:

sabrinashekhahmad said...

kadang2 memang ada manusia yang tak boleh tengok orang lain berubah ke arah kebaikan.. ada je benda yg tak kena... sabar ye kak..

inna said...

iya... ok dik, ^__^

Unknown said...

Sentiasa positif..sentiasa kuat semangat...jangan hirau apa pandagan orang,,,yang penting padangan Allah pada kita..Insyaallah...