Assalamualaikum wtb..
TAWADUK??
apa maksud tawaduk ?
TAWADUK bermaksud merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata'ala. Ia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Ia akan sentiasa mengasihi sesama makhluk maka ia pula akan dikasihi.Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat TAKBUR iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka".
Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombpng dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi"

Merendahlah,
seperti bintang di atas langit,
yang berkelip tanpa henti,
di atas air ia nampak dekat,
padahal ia tinggi sekali
Dan janganlah kita seperti asap yang
membumbung tinggi
menembus awan, membangga diri,
padaha ia rendah tiada erti.
No comments:
Post a Comment