pernahkah anda bercakap di khalayak ramai dan berasa gugup ??
haaaaa di sini inna nak share dengan korang tentang cara untuk menenangakan diri semasa bercakap di khalayak ramai... oke
perkara yang paling utama ialah menghilangkan rasa takut dan gugup.. hal ini kerana, perasaan ini akan menganggu penyampaian dan mesej yang ingin kita sampaikan.
untuk menghilangkan rasa gugup, terlebih dahulu kita mengamalkan senaman pernafasan dan belajar mengawal pernafasan.
perlakuan gugup ini adalah normal kerana perasaan takut tersilap ketika bercakap dan mengawal tingkah laku membuatkan diri terus gugup ketika di khalayak ramai.
kita perlu berckp dengan penuh semangat dan yakin.
perlakuan yang menunjukkan keyakinan membuatkan org tidak ragu ragu mempercayainya serta membuatkan orang focus mendengar apa yang ingin kita katakan.
hal ini membuatkan motivasi kepada diri kita untuk terus yakin dan menghilangkan rasa tidak yakin dalam diri. kebanyakkan org yang ingin bercakap dikhalayak ramai ini mudah rasa rendah diri dan membuat tekaan bahawa ada orang lain yang mendengar lebih banyak tahu dari kita. tanggapan ini membuatkan diri rasa kecil dan menganggu konsentrasi serta konsep kendiri yang bercakap hingga boleh menimbulkan rasa gugup.
untuk itu, penting untuk menganggap pendengar tidak tahu apa yang bakal kita sampaikan kerana hanya kita sahaja yang tahu apa yang ingin kita sampaikan.
dalam komunikasi bahasa juga memainkan peranan penting. penggunaan bahasa haruslah mengikut aras yang sesuai. sebagai contoh apabila bercakap dikhalayak pelajar universiti penggunaan laras yang lebih mendalam diperlukan begitu juga istilah-istilah dan konsep boleh dihuraikan. walaubagaimanapun, apabila bercakap di hadapan kanak kanak penggunaan laras bahasa yang rendah dan mudah difahami perlu bagi membantu kanak kanak mudah tertarik
semasa bercakap dikhalayak ramai perlu untuk kita membina keyakinan terhadap kebolehan kita. hal ini kerana perhatian dan keyakinan hadirin mampu menimbulkan semangat dan keyakinan hadirin mampu menimbulkan semangat dan keyakinan dalam diri kita.
akhir sekali adalah perlu untuk bersungguh-sungguh semasa bercakap dikhalayak ramai melalui kesungguhan yang dizahirkan secara tidak langsung memberi gambaran kepada pendengar bahawa apa yang hendak disampaikan adalah penting.
1 comment:
read
Post a Comment