PMR A dalam genggaman
bonda tersenyum ria berkongsi bangga
berbayar sudah penat lelah.
kita pun terpisah
anakanda di asrama bonda di rumah
mengenangmu dalam resah
namun bonda pasrah
teruslah anakanda melangkah
mendaki gunung harapan
tanpa tangan bonda yang memimpin
jarak dan masa memisahkan kita
doa bonda tak pernah lupa
untuk anakanda yang jauh dimata
kerap bonda ke sana bagaikan jarak cuma sehasta
untuk mengubah rindu di dada
kata perangsang bonda bekalkan
agar anakanda terus gagah mendaki gunung harapan
SPM pula yang jadi taruhan
Tiba-tiba di tengah-tengah pendakian ini
tangan bonda tidak lagi mampu
menjulangmu melonjak gunung menggapai awan
jika anakanda rebah bangunlah sendiri
kesat lukamu teruslah berlari
mendaki gunung yang tinggi
bonda tak lagi datang memapah
kerana tubuh bonda kian lemah
jika anakanda menangis
kesatlah airmatamu sendiri
kerana bonda tak lagi mampu menepis
sedih yang bertandang di hatimu
simpanlah cerita suka dan dukamu sendiri
jadilah dewasa sebelum waktumu
kerana takdir bukan di tangan kita
niat bonda ingin menjagamu
hingga anakanda ada isteri/suami tempat bermanja
seperti kakandamu yang dah punya suami tempat berteduh
anakanda teruskan pendakian ini
janganlah biarkan dirimu
menggelongsor jatuh
tanpa menjulang harapan bonda
SPM 10A hadiah buat bonda
yang terlantar disini
rumah sakit yang menjadi rumah kedua
demi anakanda bonda tak berhenti berharap
tetap berjuang melawan sakit yang kian parah
agar dapat lagi bonda mendakapmu
dalam wajah ceria
SPM 10A dalam genggam..
buuuuuuu......... inna sayang mama... :)
2 comments:
semoga ap yg ibu awk impikan tercapai :) jgn berhenti putus asa ok ? slamat berpuasa :)
amin... ok tq... met berpuasa juga :)
Post a Comment